Cara Mengajar Anak Menulis Dengan kemas

Aktiviti menulis perlu dilatih sejak anak-anak di rumah lagi, Ini bagi mengelakkan mereka ketinggalan apabila masuk ke tadika mahupun sekolah…

Cara memegang pensel yang betul perlu dilatih dan bentuk-bentuk huruf perlu ditunjukkan terlebih dahulu,  Jadi, mommies dan ayah harus berusaha lebih bagi membolehkan anak-anak menulis tangan dengan cara yang betul…

Di sini, kami nak kongsikan Cara Mengajar Anak Menulis Dengan kemas dan cara ajar anak menulis abc

1. JANGAN GUNA BUKU

Jika ibu ayah gunakan buku, anak akan bosan kerana mereka akan rasa seperti tugasan yang perlu dibuat dengan cara duduk dan mengadap buku sahaja.

Oleh itu dengan menggunakan mainan seperti block untuk membentukkan huruf lebih menyeronokkan. Contoh yang lain adalah menulis di tanah, menggunakan warna air, playdoh dan sebagainya.

2. GUNAKAN HURUF KECIL

Walaupun menulis huruf besar nampak lebih mudah berbanding huruf kecil, tetapi kebiasaan dengan mulakn mengajar anak menulis huruf besar ini akan terbawa-bawa hingga ke sekolah dan agak sukar untuk dibetulkan.

Oleh itu, ajarlah anak menulis dengan huruf kecil dahulu, kemudian barulah belajar menulis huruf besar pula.

3. PILIH ALAT YANG SESUAI

Sebenarnya, pensel yang kita biasakan adalah terlalu panjang. Ini akan menyukarkan anak kecil untuk memegang dan mengawal pensel dengan betul, lalu tulisan pun akan menjadi buruk.

Cuba menggunakan alatan lain selain dari pensel. Contohnya, kapur tulis, marker pen atau alat magnetik.

4. IKUT TURUTAN HURUF YANG PALING MUDAH

Menurut Jan Olsen, pencetus Handwriting Without Tears, cara ajar anak menulis yang betul adalah dengan turutan berikut.

Paling Mudah: E F H I L T

Sederhana: B C D G J O P Q S U

Sukar: A K M N R V W X Y Z

5. MULAKAN DENGAN MENULIS NAMA

Mulakanlah dengan menulis nama mereka sendiri. Sedikit sebanyak, mereka akan berasa bangga kerana mampu menulis nama sendiri.

6. PRAKTIS AKTIVITI MOTORIK

Selain cara ajar menulis di atas, anda juga boleh melatih kemahiran tangan anak dengan menggalakkannya bermain Lego, puzzle, play doh, pasir, butiran manik, atau makanan.

Kemahiran memegang ini akan membantunya mengawal pergerakan jari serta saraf untuk dikoordinasikan dengan mata.

Yang penting, janganlah memaksa anak anak dan jadikanlah pengalaman belajar sambil bermain dengan anak anak sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan dan sesi yang sentiasa dinantikn oleh anak anak.

Seterusnya Cara Ajar Anak Menulis ABC

Menurut Anna, apabila baru mengajar anak menulis abjad, ibu bapa patut mula dulu dengan aktiviti yang menyeronokkan, kemudian tingkatkan cabaran secara beransur-ansur.

Tidak semua kanak-kanak suka melakukan latihan hingga berpuluh-puluh muka surat. Jadi ikutlah langkah-langkah dibawah dan cuba cara ajar anak menulis abjad yang kreatif ini!

cara ajar anak menulis abc abjad

Langkah 1

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Pilih abjad yang ingin diajar kemudian lukiskan huruf besar abjad tersebut dengan pen penanda. Untuk ibu bapa yang ada printer di rumah, anda boleh juga cari template-template free di internet kemudian printkan.

Minta anak isikan abjad itu dengan objek yang bermula dengan abjad yang sama.

Contohnya: A: sticker ayam, B: butang, C: coklat, dan sebagainya.

Langkah 2

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Satu lagi cara ajar anak menulis abjad yang kreatif ialah untuk menyuruh anak membentukkan abjad itu dengan menggunakan objek-objek harian.

Mula dulu dengan abjad dengan garis lurus seperti ‘A’, ‘L’ ataupun H kemudian tukar ke huruf-huruf yang lebih susah seperti ‘S’ ataupun ‘C’.

Terpulanglah kepada ibu bapa objek-objek yang anda ingin gunakan. Di bawah adalah beberapa contoh barang-barang yang sudah sedia ada di rumah:

  • penyepit
  • mi spageti yang belum dimasak
  • penyedut minuman

Untuk abjad yang bentuknya bengkang bengkok pula:

  • mi spageti yang masak
  • playdoh
  • reben
  • tali ataupun tali kasut

Langkah 3

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Galakkan anak anda membentuk huruf dengan objek-objek kecil seperti butang, batu, buah saga atau bijirin. Pantau kegiatan anak dan jangan tinggalkan mereka bersendirian tanpa pengawasan untuk mengurangkan risiko tercekik.

Langkah 4

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Walaupun latihan menulis dengan tangan mungkin cara mengajar anak menulis abjad yang agak boring, ini tidak bermakna ia tidak boleh dijadikan aktiviti yang seronok!

Terdapat banyak cara lain apabila ingin menggalakkan anak untuk menulis. Selain buku latihan ibu bapa boleh menggunakan cat jari, garam, tepung ataupun pasir berwarna dalam sebuah bekas leper ataupun dulang.

Kalau ibu bapa jenis yang chilax dan berani gunalah coklat cair Hershey’s ataupun krim yang telah dipukul. Pasti anak menjilat jari.

Langkah 5

cara mengajar anak menulis abjad, cara ajar anak menulis, ajar anak menulis, ajar anak menulis rapi, cara mengajar anak mengenal huruf abc, cara mengajar anak abc, cara mengajar anak abjad, cara mengajar anak menghafal abjad

Walaupun kebanyakkan langkah-langkah ini seronok dan berkesan, ini tidak bermakna ibu bapa patut abaikan cara mengajar anak menulis abjad yang tradisional ya? Anak masih perlu melatih cara betul untuk memegang pensil dan menulis di atas kertas.

Sekian saja semoga bermanfaat.

Leave a Comment