Cara Membuat Permohonan Bantuan RM1000 Setiap Keluarga

Untuk pengetahuan anda semua, bermulanya tahun ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menaikkan bantuan mengikut jenis-jenisnya.

Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menaik tarafkan bantuan 2021 dengan mengikut jenis-jenis bantuan yang diberikan. Berikut adalah bantuan yang akan diberikan sebanyak RM1000 .

BANTUAN KANAK-KANAK

  • Bagi anak-anka yang berumur 18 tahun ke bawah , ibubapa boleh memohon untuk mendapatkan bantuan daripada JKM (Bantuan Kanak-Kanak 2021) sehingga RM1000 bagi setiap keluarga.
  • RM150 sebulan (7 tahun sehingga 18 tahun seorang)
  • RM200 sebulan (6 tahun dan kebawah seorang)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang berpendapatan tidak lebih Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
  • Hendaklah 18 tahun ke bawah
  • Untuk yang berumur 18 tahun dan ke atas dapat dipertimbangkan kalau bersekolah sehingga tamat menengah atas atau kes-kes yang boleh dipertimbangkan.

Cara Membuat Permohonan

  • Layari http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  • Tekan butang Daftar Permohonan secara online.
  • Fahamkan maklumat yang diperlukan dan diisikan.
  • Bahagian A dan B oemohon perlu mengisikannya.
  • Tekan butang ‘Keputusan’ jika telah lengkapkannya.

Anda perlu datang bersama beberapa dokumen penting seperti :

  • Salinan MyKad pemohon.
  • Salinan MyKad/MyKid anak jagaan.
  • Salinan penyata pendapatan atau surat akuan berpendapatan jika bekerja sendiri.
  • Salah satu bil utiliti seperti bil air, elektrik atau astro.

Pastikan anda kongsikan info bermanfaat ini dengan kawan-kawan, keluarga dan di semua platform sosial anda.

Semoga perkongsian anda ini akan dapat memudahkan urusan mereka yang memerlukan dan menjadi asbab pahala berpanjangan. Diharapkan maklumat ini dapat membantu masyarakat malaysi yang memerlukannya. Kongsikan maklumat ini di media sosial anda agar dapat membantu memberitahu tentang bantuan ini.

Leave a Comment