200,000 CanSino Untuk Malaysia Sudah Tiba

Antara vaksin utama yang digunakan di Malaysia sebelum ini adalah Pfizer, Sinovac dan Astra Zeneca. Terkini, dilaporkan vaksin dos tunggal iaitu CanSino telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada pukul 7.50 pagi tadi.

200,000 Vaksin CanSino Dos Tunggal

200,000 vaksin dos tunggal CanSino berbentuk ‘finished product’ daripada pembekal CanSino Biologics, China tersebut dibawa menaiki MAS Kargo menerusi pesawat MH361 dengan penerbangan dari Beijing, China.

cansino

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, vaksin yang diterima itu adalah sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin itu yang telah ditempah oleh negara ini dengan penghantaran dibuat secara berperingkat.

Bantu Capai Imuniti Kelompok

“Ia seterusnya akan membantu negara mencapai sasaran imuniti kelompok seperti yang disasarkan dalam Pelan Pemulihan Negara mengikut garis masa yang ditetapkan,” katanya hari ini.

Hadir menyaksikan ketibaan tersebut adalah Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Mohd. Shafiq Abdullah.

cansino

Vaksin itu telah mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan di Malaysia oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun lalu.

Solution Biologics adalah Pemegang Pendaftaran Produk bagi vaksin tersebut di Malaysia.

Semoga ketibaan vaksin ini bakal mencukupi untuk rakyat yang belum divaksin.

Sumber : [Kosmo]

Lihat Pautan : Perbezaan 3 Jenis Vaksin Ini Menurut D0k t0r

Leave a Comment