Buku pengurusan hem 2021

Buku pengurusan hem mengandungi semua rancangan tahunan serta prosedur berkaitan hal ehwal murid.

Buku pengurusan hem ini memastikan kelancaran sistem pengurusan hem bagi musim persekolahan itu.

Buku ini dikemaskini dari semasa ke semasa agar ianya selaras dengan permintaan pendidikan. Kandungannya termasuklah visi dan misi pendidikan, ahli jawatankuasa hal ehwal pelajar serta perincian program yang akan dilaksanakan pada musim persekolahan tersebut.

Ianya penting untuk urusan penyelarasan serta rujukan sekolah, dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia.

MUKA DEPAN BUKU HEM 2021

 

RUANGAN JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SERTA BIDANG TUGASNYA

 

RUANGAN JAWATANKUASA UNIT DISIPLIN SERTA BIDANG TUGASNYA

 

Berikut merupakan kandungan/tujuan UMUM buku HEM tersebut.

KANDUNGAN BUKU HEM (PENGURUSAN):

  • Menyelidik keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling melalui pelbagai sumber seperti temu bual, soal selidik (dalam talian/bersemuka), dan sebagainya dengan pihak-pihak berkenaan termasuklah para guru dan murid. Daripada kaji selidik tersebut, rancangan tahunan aktiviti akan disediakan dan diselitkan dalam buku HEM.
  • Mengemaskini (merancang) inventori pelajar serta menyebarkan maklumat Bimbingan dan Kaunseling melalui media yang sesuai kepada para pelajar.
  • Melaksanakan program Bimbingan Kelompok yang dapat meningkatkan kebolehan pelajar. Melaksanakan serta mengelola perkhidmatan kaunseling individu dengan lancar dan efisyen.
  • Melaksanakan, merancang serta mengawal program kemahiran pelajar disamping menilai aktiviti yang dilaksanakan selepas peperiksaan UPSR. Seterusnya, melakukan program pencegahan dadah, rokok, alkohol dan sebagainya.
  • Mendedahkan pelajar dengan peluang pendidikan serta haluan selepas UPSR. Menyediakan perkhidmatan konsultasi (Bimbingan Kerjaya dan Perkhidmatan Dadah).
  • Melaksanakan, merancang serta memantau program serta aktiviti konferens bersama pihak berkenaan seperti para ibu bapa, guru, kerajaan dan sebagainya.

 

Untuk mendapatkan templat buku pengurusan HEM, sila masuk link berikut (menggunakan e-mail).

BUKU HEM (PENGURUSAN)

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

 

Lihat juga kelayakan memohon bantuan awal persekolahan bagi tahun 2021.

BANTUAN (PERSEKOLAHAN)

Leave a Comment