Bos Klinik Pakar Mata Masuk Islam | Menjadi Menantu Kepada Profesor..

Biografi Pengasas Klinik Pakar Mata Dan Syarikat Konsultan

klinik

Pemuda ini bernama Dr. Addaem Chandran yang merupakan pengasas kepada syarikat pakar mata, Ikonik Eye Specialist Centre dan pengarah urusan Addaem Chandran Impact Consultancy yang ditubuhkan pada awal 2021.

klinik

Sebelumnya beliau merupakan pengasas bersama dan juga CEO kepada klinik pakar mata, Prof. Muhaya Eye & LASIK Centre (PMELC) sejak daripada tahun 2013. Sebelum itu, beliau telah berpengalaman menerajui pelbagai jawatan tinggi dalam syarikat-syarikat multinasional di Malaysia. Berikut merupakan kerjaya professional beliau sebelum menjadi pengasas bersama PMELC;

  • 2002 – 2004: Key Account Manager
  • 2004 – 2005: Trade Marketing Manager
  • 2005 – 2009: Senior Account Manager
  • 2009 – 2011: Market Stratergy & Planning Manager, Malaysia / Asean
  • 2011 – 2013: Group Manager Malaysia / Asean

 

Pemuda yang berprestasi tinggi ini merupakan anak kelahiran campuran Cina dan India. Beliau merupakan anak bongsu daripada 6 adik beradik. Bapanya berbangsa India, Encik Maruthaveeran dan ibunya pula berbangsa Cina, Puan Looi. Beliau membesar di kawasan estet iaitu di Ladang Sanglop, Perak. Semasa kecil lagi beliau mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah nasib diri dan keluarga.

Pendidikan adalah segalanya buat Dr. Addaem, beliau mendapat pendidikan di sekolah rendah dan menengah di Perak. Kemudian menyambung pengajian ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran Perniagaan (Perniagaan Antarabangsa). Pada tahun 2015 beliau menyambung lagi pengajian ke peringkat Sarjana pula di INSEAD.

[BACA JUGA : BOS SAMSUNG MASUK ISLAM]

Masuk Islam Semasa Ramadhan

Ramadhan membawa erti yang cukup besar buat Dr. Addaem Chandran, kerana pada bulan mulia inilah menjadi titik permulaan beliau mendalami dan akhirnya memeluk Islam pada 2009. Beliau memilih nama Muhammad Addaem Mikhail Chandran setelah itu.

Mengimbas kembali saat indah ketika mendapat hidayah daripada Allah s.w.t, Dr. Addaem yang juga menantu kepada pakar motivasi terkenal, Prof. Dr. Muhaya Mohamad berkata, beliau pernah bermimpi sedang sujud di kawasan lapang dengan memakai jubah putih.

klinik

“Saya seperti tersedar daripada mimpi. Apa yang berlaku benar-benar membuka mata saya untuk mendalami Islam selepas itu,” katanya kepada mStar.

“Kali pertama saya mengucap dua kalimah syahadah melalui perbualan telefon dengan seorang rakan muslim dari Singapura. Saya nekad dan tiga minggu selepas itu terus memeluk Islam secara rasmi di pejabat Majlis Agama Islam Selangor pada 10 Oktober 2009, ”

Apa yang menariknya kata Addaem, selepas itu semua urusannya dipermudahkan Allah s.w.t hinggakan majikannya faham dan menghormati masa beliau untuk bersolat  biarpun dia bekerja di sebuah syarikat mutlinasional, Procter & Gamble (P&G).

“Sebagai Pengurus Kumpulan P&G, saya banyak berurusan menerusi ‘teleconferencing’ di luar negara dan pada bulan puasa saya akan beritahu mereka supaya percepatkan urusan kerana saya akan balik pada pukul 5 petang.

“Saya beritahu mereka, waktu solat saya amat penting dan saya tidak ingin diganggu terutamanya pada waktu solat jumaat. Alhamdulillah akhirnya mereka faham dan hormat pada Islam hinggakan mereka pernah bertanya sama ada tahun ini saya pergi menunaikan umrah atau tidak.”

Perkahwinan

klinik

 

Ternyata tanah suci Mekah cukup mengusik jiwa lelaki kacukan Cina-India ini, kerana di sanalah beliau  mendapat hidayah untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya menunaikan Umrah pada kali pertama pada tahun 2010 setelah 4 bulan memeluk Islam dan setelah itu, saya mengantikan cuti tahunan saya yang kebiasaannya ke luar negara untuk bercuti untuk menunaikan Umrah.

“Pada satu Jumaat, ketika solat isyak di tempat saie saya didatangi sebuah keluarga Arab. Ada seorang anak kecil datang dan peluk saya seolah-olah tak mahu melepaskan saya. Itulah jadi titik permulaan yang membuatkan saya nekad untuk berumahtangga,” katanya.

Pada tahun 2012 saya sekali lagi  menunaikan umrah dan kali ini pada Ramadan, cabarannya cukup besar kerana cuaca agak panas di sana. Inilah saat yang sangat membuka mata untuk betul betul mendirikan rumah tangga.

klinik

Biarpun tidak pernah ‘berdating’ dengan anak sulung figura motivasi ini, Dr. Addaem berkata, beliau memang mahu mengikut syariat Islam yang mahu menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita bukan mahram.

“Saya sentiasa berdoa supaya dipertemukan dengan seorang wanita yang akan bersama saya  ke jalan yang benar dalam mencari keredhaan Allah. Saya sentiasa mendoakan wanita yang sangat baik, sopan dan sangat menghormati ibu saya,” katanya.

Beliau bertemu jodoh pada tahun 2013 dengan insan bernama Dr. Noor Aniah Binti Azmi yang juga merupakan anak kepada tokoh motivasi dan juga pengasas klinik pakar mata, Prof. Muhaya. Mereka kemudiannya bernikah pada pada 27 Januari 2013. Terkini pada 2021, mereka telah dikurniakan 4 orang anak.

klinik

Tidak Pernah Bercinta

“Alhamdulillah tanpa disangka Allah pertemukan saya dengan Aniah melalui seorang rakan. Kami tak pernah bercinta. Selepas diperkenalkan saya terus buat solat istikharah dan tiga hari lepas kahwin kami terus pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah sebagai hadiah bulan madu,”

Selepas berkahwin akhirnya Dr. Addaem meletakkan jawatan untuk meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan pada ketika itu bergelar Pengarah Urusan Pusat Rawatan Mata dan Penglihatan: LASIK Prof Dr Muhaya di Kajang.

klinik

Peribadi dan Dakwah

klinik
Ibu Dr. Addaem

3 role model Dr. Addaem ialah ibunya sendiri, Nabi Muhammad s.a.w dan selebriti Oprah Winfrey.

3 perkara utama yang dilakukannya setiap pagi adalah mendekatkan diri kepada Allah, membaca al-Quran dan refleksi diri.

3 perkara paling bermakna dalam hidupnya pula adalah keluarga, kesihatan serta masa dan ilmu.

Bercerita mengenai masa depannya, beliau berhasrat untuk menyampaikan dakwah Islam kepada keluarga dan rakan-rakan yang bukan beragama Islam.

“Islam sangat indah. Saya hendak beritahu kepada mereka tentang keindahan Islam namun pada masa sama saya bangga menjadi seorang India beragama Islam,”

klinik

Baru-baru ini, beliau membuat hantaran gambar di akaun media sosial beliau menunjukkan gambar ibunya yang kini berumur 81 tahun pada 2021 sedang berhijab. Alhamdulillah. Siapa yang tidak sayang ibu bapa bukan?

klinik
Petikan ‘caption’ gambar ibu Dr. Addaem

 

Beliau juga mengikuti jejak langkah ibu mentuanya menceburkan diri dalam bidang pembangunan insan. Terkini, beliau begitu aktif menjalankan pelbagai program Pembangunan Insan dan Pembangunan Perniagaan. Beliau juga ada bersama-sama dengan isteri beliau menganjurkan seminar kekeluargaan.

klinik

MashaAllah, begitulah kisah beliau seorang yang hebat, suami kepada seorang doktor dan menantu kepada seorang pakar motivasi yang hebat juga. Sememangnya tidak dinafikan lagi Islam merupakan cara hidup yang paling benar, ramai mereka yang berpendidikan yang sebelumnya menganut fahaman lain akhirnya setelah mencari kebenaran, kembali semula kepada fitrahnya iaitu Islam.

Dapat sesuatu? Kongsikan artikel ini semoga ramai yang lebih terinspirasi.

Rujukan : [Profil Dr. Addaem] [mstar] [Prezi]

Leave a Comment