Rezeki Mencurah Dengan Bisnes Gula-Gula ‘Squid Game’ Dapat RM3,480 Sehari

Sejak drama Squid Game ditayangkan, ia menjadi suatu fenomena bukan sahaja kepada peminat drama Korea namun kepada mereka yang lain juga. Antara yang menjadi perhatian dalam drama tersebut adalah gula-gula dalgona.

squid game

Namun, tahukah anda bahawa gula-gula dalgona yang dihasilkan dalam drama yang sedang popular ini bukan dihasilkan pihak produksi tersebut?

Pekedai Bisnes Gula-Gula ‘Squid Game’ Tidak Balik Rumah Seminggu

Tetapi rupanya dihasilkan oleh seorang lelaki yang menjalankan perniagaan manisan sejak lapan tahun lepas di Kawasan university di Seoul, Korea Selatan.

 

squid game

Lelaki tersebut, An Yong-hui, 37 tahun berkongsi bahawa sebaik sahaja drama Squid Game ditayangkan, premis mereka tidak henti-henti dikunjungi pelanggan sehingga beliau tidak dapat pulang ke rumah selama seminggu demi memenuhi permintaan pelanggan.

Mereka lebih teruja apabila mereka mengetahui apabila mereka mengetahui gula-gula dalgona yang digunakan dalam drama Squid Game adalah hasil tangannya sendiri.

Jumlah Hasil Jualan LebihRM3,480 Sehari

Harga sebiji gula-gula tersebut dijual sekitar 2,000 won bersamaan RM6.96 sebiji. Sebelum ini dalam masa sehari, jumlah jualan gula-gula dalgona boleh terjual mencecah 200 biji.

squid game

Bagaimanapun, rezeki mereka mencurah-curah selepas Squid Game ditayangkan. Jumlah jualan mula meningkat hampir dua kali ganda daripada jumlah jualan harian biasa iaitu lebih 500 biji sehari (jumlah pendapatan lebih daripada RM 3,480 sehari!). Barisan pelanggan yang menunggu juga boleh mencecah sepanjang 2 meter seawal jam 11 pagi.

Yong Hui menceritakan pengalamannya menghasilkan manisan tersebut untuk drama Squid Game berkenaan, dia dan rakannya sekerja menggunakan 15kg gula untuk menghasilkan 700 biji gula-gula dalgona yang akan digunakan pihak produksi pada Jun 2020.

 

squid game

Setelah drama Squid Game menjadi fenomena, Yong-hui menarik lebih ramai pelanggan dengan mengadakan pertandingan di mana jika seseorang itu berjaya menghasilkan bentuk dalgona yang ditetapkan, mereka akan menerima satu lagi gula-gula dalgona secara percuma.

Namun, ramai yang gagal dan ini membuatkan Yong-hui tertawa sambil sempat bergurau, “Mungkin kami harus meletakkan senapang di sini juga.”

squid game

Sebagai makluman umum, gula-gula dalgona menjadi tumpuan di sekolah sejak awal tahun 2000 namun ‘trend’nya semakin menurun. Setelah tayangan drama Squid Game, ia menjadi popular kembali.

Selain An Yong-hui, penjual gula-gula dalgona lain turut berkongsi mengenai peningkatan jualan mereka hasil daripada popularity drama berkenaan.

Mungkin anda berminat menjadikan ini sebagai idea perniagaan sementara drama ini masih lagi popular.

Sumber : [Odisi] [Reuters]

Pautan Lain : Najwa Latif Sambung PhD, Talented & Beauty With Brain

Leave a Comment