Pemuda Sanggup Berenang Untuk Azan, Solat Di Masjid

Antara 7 golongan yang mendapat naungan Allah SWT di akhirat nanti adalah seseorang yang hatinya terikat dengan masjid. Seseorang yang istiqamah dalam melakukan ibadah fardhu secara berjemaah di masjid, hatinya pasti akan gelisah apabila jauh dari masjid dan berasa sedih jika tidak dapat menunaikannya di masjid. Ini kerana apabila hatinya sudah merasai kelazatan iman pastinya akan merasa gelisah jika tidak berada dimas.jid kerana disitu terdapat ketenangan yang tiada di tempat yang lain.

Ini telah disebut dalam hadis Nabi s.a.w,

“Tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah SWT pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. Pemimpin yang adil, pemuda yang menyibukkan dirinya beribadah kepada Allah SWT, seorang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul dan berpisahnya kerana Allah, seseorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita yang kaya dan cantik, lalu ia menolaknya sambil berkata ‘aku takut kepada Allah’. Seseorang yang bersedekah dengan secara sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfaqkan oleh tangan kanannya, serta seorang yang berzikir mengingati Allah dikala sendiri hingga mengalir air matanya.” (Sahih Bukhari, Hadis No 620).

Pemuda Cintakan Masjid

Mungkin intipati hadis ini menjadi suatu yang sangat terpateri dalam jiwa seorang pemuda yang juga imam di sebuah masjid di Bangladesh ini. Menerusi perkongsian video oleh Instagram Ilmfeed pada 1 Oktober ini, pemuda ini sanggup berenang ke masjid bagi menunaikan ibadah di situ kerana tidak sanggup membiarkannya kosong.

 

 

Tidak ada cara lain untuk ke mas.jid, beliau sanggup berenang meredah air banjir untuk sampai ke mas.jid. Apabila sebuah siklon besar melanda sebahagian Bangladesh, mas.jid di kawasan Satkhira ini dikelilingi air banjir dan menyebabkan penduduk tidak dapat ke situ.

Risau mas.jid tersebut ditinggalkan tanpa aktiviti ibadah, imam muda ini pergi ke situ dengan menggunakan bot atau berenang apabila tiada perkhidmatan bot bagi memastikan beliau azan dan solat 5 kali sehari di mas.jid tersebut. Semenjak banjir berlaku pada akhir September lepas, hanya beliau seorang diri yang solat di mas.jid tersebut namun sesekali ada seorang atau dua yang datang untuk solat di situ.

Ramai Tersentuh, Terinspirasi

Beliau berkata, “Kerana ini adalah sebuah mas.jid, saya tidak boleh mengabaikannya. Jadi, hingga hari ini saya melakukan azan dan solat di dalamnya kerana Allah.”

“Kadang-kadang saya balik dari mas.jid untuk makan tengahari dan datang semula ke mas.jid. Saya bawa sedikit  makanan dan bermalam di atas bumbung mas.jid.”

masjid

Melihat ruangan komen, rata-rata warga maya terinspirasi dan tersentuh hati. Ramai yang mendoakan beliau juga.

Semoga tahap iman kita juga semakin bertambah dan terinspirasi untuk meningkatkan amal ibadah serta mendapat redha Allah SWT.

Sumber : [IG Ilmfeed] [Harakahdaily]

Pautan Lain : Video Pertemuan Mengharukan Ibu Dan Anak Yang Terpisah 70 Tahun

Leave a Comment