Bau Busuk | 2 Pengs@n, Lebih 100 Penduduk Dipindahkan

Pencemaran udara dengan bau busuk bahan kimia di Johor Bahru bukanlah sesuatu yang baru. Perkara ini pernah terjadi beberapa kali sejak bertahun lepas. Namun, hal ini terjadi lagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 10.30 malam tadi, 2 wanita penduduk Kampung Baru Sri Aman, Seelong peng.san selepas terhidu bau busuk yang disyaki daripada bahan kimia dari sungai berhampiran kampung tersebut. Manakala, puluhan penduduk lain mendapat simptom sesak nafas, loya dan hampir pitam berikutan bau tersebut.

Kedua-dua wanita yang masing-masing berusia 20 dan 40 tahun itu telah dihantar ke H0spital Sultanah Aminah dan H0spital Sultan Ismail bagi diberikan rawa.tan kecemasan.

Penduduk kampung, Hafiz Badrul Hisham, 37, mendakwa, kejadian itu mula dikesan sejak 8.30 malam, selepas bau busuk yang menyesakkan nafas tiba-tiba menyelubungi udara persekitaran kampung.

Katanya, bau busuk yang kuat seakan-akan bau petrol itu menyebabkan mereka yang terhidunya akan merasakan tidak selesa dan berasa loya.

“Saya tergerak hati cuba mencari puncanya sama ada datang dari dari stesen minyak berhampiran. Namun, bau itu makin lama makin kuat. Ketika itu, saya lihat ramai jiran sudah keluar mungkin terganggu bau pencemaran udara itu.

“Saya ternampak seorang wanita sudah batuk-batuk sebelum peng san. Saya terus beri bantuan bawa masuk dalam rumah sementara tunggu bomba sampai,” katanya ketika dihubungi.

102 Penduduk Dipindahkan

Ekoran itu, arahan pengosongan kampung itu telah dibuat dan 102 orang penduduk kampung terpaksa dipindahkan sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran Baru.

Saiful Bahri Safar, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Ketua Unit Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Penyelamat Bomba Malaysia (JBPM) Johor berkata panggilan telah diterima oleh pihaknya berkenaan perkara ini pada jam 10.22 malam. 15 minit kemudian, pasukan penyelamat pertama tiba di kampung berkenaan.

Menurut beliau lagi, pihaknya seramai 24 orang pegawai dan anggota bersama 5 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Larkin dan Johor Jaya dikejarkan ke lokasi tersebut.

bau busuk

Bau Busuk Meloyakan, Tumpahan Bahan Kimia Metil Alkohol

“Hasil ujian awal, bomba mengesyaki tumpahan itu adalah bahan buangan kimia berjadual metil alkohol dengan kepekatan 120 ppm.

“Bomba mengarahkan rumah dalam lingkungan 150 meter dari sungai itu segera dikosongkan bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Beliau memaklumkan bahawa pengawasan serta pengawalan turut dilakukan secara berterusan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan udara di kawasan kampung itu dan sekitarnya.

“Pengesanan dengan menggunakan kaedah menyusuri sungai itu turut dilakukan bagi mengetahui punca sebenar tumpahan kimia berkenaan,” ujar beliau lagi.

Menerusi tinjauan sehingga jam 3 pagi tadi, bau seakan petrol tersebut masih dapat dihidu sejauh 300 meter dari anak sungai di kampung berkenaan. Perkara ini disahkan oleh Saiful Bahri.

Menerangkan lebih lanjut, beliau menjelaskan bahasa selain usaha pengesanan tumpahan yang masih diteruskan, pihak bomba mengambil inisiatif lain memohon bantuan Jabatan Alam Sekitar dan Unit Hazmat JBPM Melaka.

Seharusnya masalah pencemaran berbaha ya seperti ini tidak lagi berlaku setelah banyak laporan telah dibuat bertahun dahulu. Sepatutnya tindakan keras telah diambil dan pemantauan premis yang mengelola bahan kimia telah dilaksana berterusan agar kejadian mengan cam nyawa ini tidak lagi berulang. Namun, mengapakah kejadian ini masih berulang saban tahun?

Sumber : [Harian Metro 1] [2]

Lihat Pautan : Sampah Sarap Berlonggok Bertaburan Di Sungai Pisang

Leave a Comment