Ashraf Muslim Mohon D0a, Bapa Ditidurkan

Pada Jumaat lepas bapa kepada pelakon Ashraf Muslim iaitu Muslim Bulat, 67, disahkan positif wabak Covid-19. Terkini, bapa beliau terpaksa ditidurkan atau melalui prosedur intubasi kerana berada pada tahap lima jangk!tan Covid-19.
Ashraf Muslim, 40, atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim berkata keadaan jantung bapanya lemah dan sebahagian organ dalam sudah rosak dan sedang dira.wat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Beliau berkata, “Ayah saya sedang melalui proses yang sukar sekarang ini. Jantung semakin lemah serta sebahagian organ dalam sudah rosak. Saya mohon sangat kepada ahli keluarga dan rakan mendoakan ayah agar kuat dan diberi kesembuhan dengan cepat.”
Dalam hantaran di Instagram Ashraf muslim menulis, dia mengharapkan ada keajaiban berlaku terhadap bapanya untuk kembali sihat seperti sedia kala.
“Hari ini bangun tidur rasa sangat sayu. Puas pujuk hati ini tapi gagal juga. Memang pagi ini saya paksa diri untuk sampaikan berita ini. Saya mohon maaf dan meraih doa dari sahabat semua mendoakan ayah saya diberi kekuatan dan kesembuhan kepadanya.
“Dalam hidup terlalu banyak pengorbanan yang sudah saya lakukan, tapi ya Allah saya belum sedia lagi untuk terima perkara yang tak diingini berlaku terhadap ayah. Apa yang diharapkan sekarang ialah keajaiban yang berlaku terhadap ayah kembali sihat seperti biasa. Allahuakbar, ya Allah bantulah kami semua,” katanya.
Semoga bapa beliau diberikan kesembuhan oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT jua lah sebaik-baik perancang.

Sumber : [Harian Metro] [IG Ashraf Muslim]

Lihat Pautan : Ayahanda Ustazah Norhafizah Musa Telah Pergi Buat Selamanya

Leave a Comment