Bantuan Khas RM200 Selama Tiga Bulan Untuk Rakyat Malaysia
Bantuan Khas RM200. Bajet 2023 telah dibentangkan dan sedang menunggu kelulusan daripada Ahli Parlimen.
Pembentangan Bajet 2023 Membangun Malaysia Madani merupakan permulaan untuk pembangunan ekonomi negara yang perlahan akibat pandemik.
BACA JUGA : i-Sayang KWSP: Syarat & Cara Permohonan
Melalui bajet 2023, pelbagai jenis bantuan kerajaan diberikan termasuklah bantuan tunai RM 200 sebulan bagi tempoh 3 bulan.
BANTUAN TUNAI RM 200 SEBULAN
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai bakal disalurkan kepada pesawah padi untuk tempoh 3 bulan atau semusim.
Ia bertujuan untuk membantu pesawah padi serta meringankan beban perbelanjaan mereka.
Bayaran RM 200 setiap bulan bagi tempoh 3 bulan / semusim bakal disalurkan kepada petani.
Ini sebagai tanda kerajaan menyelami gerak nadi petani dengan usaha langkah memberi bantuan supaya dapat meringankan beban pesawah sementara menunggu hasil tuaian.
TARIKH BAYARAN BANTUAN KHAS RM200
Pembayaran bantuan khas ini bakal disalurkan dalam tempoh 3 bulan atau semusim.
Mengenai tarikh bayaran rasmi pula belum diumumkan oleh kerajaan.
KELAYAKAN PERMOHONAN
Setakat ini, syarat kelayakan yang diperlukan adalah warganegara Malaysia dan merupakan pesawah padi sahaja.
Sebarang syarat kelayakan tambahan akan dikemaskini dari masa ke masa.
CARA PERMOHONAN BANTUAN KHAS RM200
Cara permohonan turut belum dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Begitu juga dengan tarikh permohonan dibuka. Sebarang perubahan maklumat, akan kami kemaskini.
Bantuan Khas RM200
Segala panduan adalah diambil daripada sumber yang sahih sahaja. Harap info ini dapat membantu anda, Terima kasih .
Sumber dan rujukan : www.ikerajaan.com