Bantuan Kewangan RM2,700 One-Off Untuk B40 Berkelyakan : Semak Syarat Dan Cara Memohon

Bantuan Kewangan RM2,700 One-Off Untuk B40 Berkelyakan : Semak Syarat Dan Cara Memohon

Bantuan Kewangan RM2,700 One-Off Untuk B40 Berkelyakan Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.

Baca lagi di : Pengambilan Jawatan di Kementerian Sumber Asli (NRECC) Sebanyak 7 Kekosongan

Bantuan Kewangan

Antaranya ialah bantuan tunai yang diperkenalkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bantuan Kewangan

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan tunai ini:-

Bantuan Kewangan RM2,700 ‘one-off’

Bantuan di bawah JKM ini dikenali sebagai Geran Pelancaran. Bantuan ini pada asasnya bertujuan untuk:

Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan berpotensi untuk menjana pendapatan individu/keluarga;
Mewujudkan program pembangunan dan integrasi untuk membantu pelanggan mencapai matlamat mereka ke arah kemerdekaan.
Syarat kelayakan

  • Warganegara dan penduduk Malaysia;
  • kumpulan sasaran JKM;
  • Tidak melebihi Purata Pendapatan Garis Kemiskinan Isi Rumah (PGK) semasa atau Purata
  • Pendapatan Garis Kemiskinan Per Kapita Semasa.

Cara memohon

Untuk makluman, bantuan ini diberikan khusus kepada kumpulan sasar JKM iaitu penerima bantuan bulanan JKM sedia ada sahaja.

Oleh itu, bagi mereka yang ingin memohon Geran Pelancaran – hendaklah memohon bantuan bulanan JKM terlebih dahulu.

Sekiranya layak dan diluluskan, permohonan Geran Pelancaran boleh dikemukakan selepas itu, dan akan menjalani penilaian lanjut oleh JKM.

Permohonan geran JKM boleh dikemukakan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Maklumat lengkap berkenaan Geran Pelancaran boleh dirujuk di Portal Rasmi JKM – DI SINI.

 

Leave a Comment