BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 5 SESI 2021

Bantuan awal persekolahan diberikan pada setiap awal musim persekolahan.

Bantuan awal persekolahan dapat meringankan beban tanggungan ibu bapa/penjaga.

Bantuan ini diperkenalkan pada tahun 2012, dan ia masih diteruskan pada tahun 2021. Ia diberikan kepada pelajar TAHUN 1 HINGGA TINGKATAN 5 daripada keluarga berpendapatan RM3000 dan kebawah.

Ia memberikan impak yang besar kepada tanggungan ibu bapa/penjaga apa lagi di waktu pandemik ini. Bantuan ini bukan sahaja dapat menyediakan peralatan sekolah kepada para pelajar malah ia juga dapat menyediakan laluan internet untuk kelas dalam talian.

Setiap murid akan menerima bantuan “one-off” sebanyak RM100.
Bantuan ini akan disalurkan menerusi kaedahnya sendiri.

PENYALURAN (KAEDAH):
Bantuan akan disalurkan (oleh KPM) secara berperingkat terus ke:

  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); sekolah yang tiada akaun KWK
  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)

Murid yang mendapat bentuan ini perlu memenuhi beberapa kriteria. Berikut merupakan pemilihan/kriteria kelayakan berdasarkan perincian yang diberikan oleh KPM.

KELAYAKAN MURID (KRITERIA):

  • Murid warganegara Malaysia (sijil lahir/mykid/mykad atau apa-apa dokumen yang membuktikan kewarnegaraan; dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia).
  • Murid Tahun 1 hingga Tingakatan 5 daripada isi rumah BERPENDAPATAN KASAR RM3000 KE BAWAH SEBULAN. (pendapatan kasar; daripada gaji pokok/hakiki serta elaun dan tidak mengira elaun “overtime” atau lebih masa)
  • Bantuan hanya diberikan kepada murid daripada Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Swasta dan Sekolah Agama Rakyat.

Untuk mendapatkan rujukan serta maklumat lanjut, sila layari laman web KPM.

 

Sekian, semoga perkongsian kali ini bermanfaat dan dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

Lihat juga contoh buku pengurusan kokurikulum bagi tahun 2021.

PENGURUSAN KOKURIKULUM (2021)

Leave a Comment