Banjir Kilat Penampang | Rumah, Kenderaan Rosak Teruk

Hujan lebat selama 6 jam lepas sejak tengah hari ini mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar pusat bandar raya Kota Kinabalu Sabah mula dilanda banjir kilat.

Ini juga mengakibatkan kejadian tanah runtuh di Kampung Madsiang petang tadi. Kejadian banjir kilat ini adalah kali ke-2 dalam tempoh 2 minggu yang melanda pusat bandar raya ini dan kali pertama pada 3 September lalu.

Berdasarkan kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, setakat laporan yang diterima 13 kampung dan kawasan dinaiki air dekat sini dan Penampang.

banjir kilat

Difahamkan terdapat beberapa buah rumah dan kenderaan terjejas akibat tanah runtuh itu.

Menurut kenyataan APM, hujan lebat yang berterusan menyebabkan sistem perparitan dipenuhi air hingga menyebabkan kawasan sering berlaku banjir kilat mula dinaiki air.

Rumah Ranap, Kenderaan Rosak Akibat Banjir Kilat

Terdapat 2 video tular memaparkan kejadian tanah runtuh tersebut yang menyebabkan sebuah rumah hampir ranap serta beberapa kenderaan penduduk r0sak teruk. Melalui rakaman tersebut juga kelihatan beberapa individu termasuk 2 kanak-kanak diselamatkan orang awam.

banjir kilat

Ketika ini, bacaan paras air Sungai Moyog, Penampang juga menghampiri paras bahaya iaitu pada paras 8.9 meter.

Antara kampung dan kawasan dilanda banjir kilat di Penampang ialah Kampung (Kg) Kolopis, Kg Baru Luyang, Bundusan, JPJ Bundusan, Kg Sugud, Kg Inobong, Taman Manis, Kg Nambazan, Kg Dungkahang, Taman Sahabat dan Kg Tuavon.

banjir kilat

Sejak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang dibuka pada pukul 3.30 petang tadi, 5 mang sa banjir ditempatkan di situ.

Hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah di pedalaman dan pantai barat seperti Sipitang, Beaufort, Kota Kinabalu, Putata dan Kudat.

Diharapkan tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian tersebut dan banjir kilat segera surut.

Sumber : [Kosmo] [Utusan Malaysia]

Lihat Pautan : Ibu S4kit Tibi, 2 Anak OKU Bantu Cari Rezeki

Leave a Comment