Ayahanda Ustazah Norhafizah Musa Telah Kembali Ke Hadrat Allah

Semalam dikhabarkan ayahanda keada Ustazah Norhafizah Musa telah men!nggal dunia. Perkhabaran itu telah dikongsikan sendiri oleh Ustazah N0rhafizah di Instagram milik beliau.
Berikut tulisan Ustazah Norhafizah Musa;

Bismillahirrahmanirrahim.

Ayahanda yang kami cintai, Ust Tuan Haji Musa Bin Salleh telah kembali ke hadrat Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang lebih kurang jam 12 tengah malam ini.

Semoga perjalanan ini dipenuhi rahmat, cinta, maghfirah dan seluruh kenikmatan yang abadi. 

Makluman juga kepada seluruh saudara mara, anak-anak murid abah dan semua kenalan abah. Mohon iringan ayahanda kami dengan gugusan doa agar insan budiman ini memperoleh kesejahteraan dan kenikmatan dan kedudukan yang tinggi di sisiNya bersama junjungan Rasulullah SAW.

InsyaAllah kami update untuk makluman semua, lokasi pengurusan jen4zah dan solat jen4zah nanti.

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un. Allaahummaghfirlahu warhamhu wa’aafihi wa’fu’anhu. Aamiin.
Semoga keluarga Ustazah diberikan ketabahan menghadapi berita pilu ini.

Sumber : [IG Ustazah Norhafizah]

Lihat Pautan : Dalam Perjalanan Menziarahi Ibu, Wanita Temui 4jal

Leave a Comment