LOGIN APDM moe gov Aplikasi Data Pangkalan Murid

APDM moe gov merupakan Aplikasi Data Pangkalan Murid.

KPM menubuhkan APDM moe gov bagi kegunaan para guru serta pentadbir.

Model ini digunakan bagi pihak berkaitan untuk merekodkan data pelajar.

Ia biasanya ditugaskan kepada Guru Besar atau Pengetua serta Guru Kelas untuk merekodkan informasi semasa murid secara dalam talian agar ianya mudah diakses oleh sekolah dan KPM.

 

PANDUAN LOGIN APDM MOE GOV:

  1. Pertama sekali, anda harus melayari laman web yang betul. http://apdm.moe.gov.my/
  2. Seterusnya, anda perlu memasukkan ID serta kata laluan yang diberikan.

CONTOH:

ID Pengguna: Nombor kad pengenalan guru, tanpa (-)

Kata Laluan: **** (Default password)

 

Bagi mereka yang baru sahaja log masuk laman web ini, digalakkan untuk menukar kata laluan atas sebab keselamatan.

Seterusnya, cuba login sekali lagi untuk memastikan data yang dimasukkan dan diubah telah disimpan.

Persoalan lanjut…

LUPA KATA LALUAN?

Jika guru terlupa kata laluan, admin APDM sekolah tersebut perlu dihubungi dengan segera. Mereka kemudiannya akan reset semula kata laluan di ruangan ‘Pendaftaran Kelas’.

BOLEHKAH GURU BESAR/PENGETUA MENGAKSES MAKLUMAT SEMUA KELAS?

Boleh. Admin yang bertugas perlu mendaftarkan Guru Besar sebagai ‘Pentandbir Sekolah’.

Kemudiannya, Guru Besar/Pengetua perlu mengikuti cara login APDM dengan memasukkan ID Pengguna serta kata laluan yang diberi.

Mereka boleh menyemak serta mengesahkan data murid dengan melihat pilihan yang tertera di dalam laman web tersebut.

APA ITU E-KEHADIRAN?

Aplikasi ini terdapat dalam APDM moe gov untuk mencatatkan kehadiran murid secara dalam talian. Guru perlu memasukkan maklumat, sama ada pelajar itu hadir, lewat, sakit, cuti kebenaran atau ponteng.

Ia memudahkan urusan pentadbiran dan mengelakkan daripada keciciran maklumat.

Data yang diberikan adalah sulit dan merupakan hak kerajaan. Pihak yang mempunyai akses terhadap sistem ini telah mendapat kepercayaan daripada KPM untuk memastikan maklumat tidak dicuri oleh orang luar.

PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DALAM APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM) MODUL PENGURUSAN MURID BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2021

semua sekolah hendaklah melaksanakan tindakan berikut bagi sesi persekolahan tahun 2021 iaitu :

Sebelum tamat sesi persekolahan tahun 2020

  • memastikan nama, status kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah betul seperti dalam dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (terutamanya bagi murid Tahun 5, Tingkatan
    2 dan Tingkatan 4 yang akan menduduki dan mendaftar bagi peperiksaan awam bagi sesi tahun 2021);
  • mengemas kini maklumat Penjaga Utama dan Penjaga Kedua yang meliputi maklumat pendapatan, pekerjaan, nombor telefon, maklumat majikan dan alamat rumah;
  • mengemas kini maklumat bayaran fi dan surat kebenaran belajar bagi murid bukan warganegara dan tanpa dokumen.

Bermula sesi persekolahan tahun 2021

  • menyemak dan mengemas kini maklumat kelas mengikut aliran dan bidang seperti yang telah diluluskan dalam Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan;
  • melaksanakan pemindahan murid mengikut kelas sebenar selepas proses pemindahan kelas dibuat secara automatik oleh sistem APDM bermula pada 21 hingga 27 Disember 2020;
  • melaksanakan penetapan kelas bagi murid Tahun 1 (e-Daftar Rendah) dan Tingkatan 1 (e-Daftar Menengah) ke kelas yang ditetapkan (sebaik-baiknya dilakukan pada hari pertama persekolahan supaya kehadiran murid dapat dilakukan);
  • memastikan bilangan enrolmen murid bagi setiap kelas adalah tepat dan betul setelah penetapan kelas sebenar dilakukan oleh sekolah;
  • memastikan nama, status kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah betul seperti di dalam dokumen yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara;
  • memastikan maklumat pendapatan ibu bapa atau penjaga utama dan kedua dinyatakan dalam sistem;
  • melakukan penandaan status individu murid tinggal di asrama, murid berkeperluan khas dan penerimaan bantuan persekolahan; dan
  • melakukan penetapan subjek dan program Dual Language Programme
    (OLP) bagi guru dan murid.

Semua proses pengemaskinian ini perlu dilakukan sebelum 15 Disember 2020 dan untuk kali kedua pada atau sebelum 31 Januari 2021. Kegagalan pihak sekolah melaksanakan pengemaskinian ini akan menyebabkan gangguan pada aplikasi-aplikasi lain seperti sistem permohonan sekolah atau kolej, pendaftaran peperiksaan awam dan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.

Segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi Tuan Haji Ahmad
Faris bin Johan di talian 03-88849225 dan e-mel apdm.team@moe.gov.my

Kerjasama tuan/puan dimohon untuk memaklumkan kandungan surat ini kepada semua pegawai di jabatan pendidikan negeri, pejabat pendidikan daerah, pengetua/guru besar dan guru-guru di bawah pentadbiran tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

Leave a Comment