Ibu Sak1t Tibi, 2 Anak OKU Bantu Keluarga Cari Rezeki

Seolah mengerti keperi tan hidup keluarganya, dua beradik yang berstatus orang kurang upaya (OKU) ini membantu ibu bapanya mencari rezeki untuk keluarga dengan memukat ikan bagi dijadikan ikan pekasam.

Bapa Utamakan Pendidikan Anak

Setelah menyiapkan tugasan sekolah, Muhammad Daniel Nazrin Azizan, 15, dan Muhammad Danish Aiman, 10, yang mengalami masalah pembelajaran akan memukat ikan.

Bapa kepada 2 beradik OKU ini iaitu Azizan Mat Isa, 43 memaklumkan bahawa dia amat mementingkan pendidikan anak-anaknya. Sebelum mereka memulakan kerja beliau terlebih dahulu akan memastikan anaknya mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Anak OKU Ringan Tulang

Walaupun kedua-dua anaknya itu serba kekurangan , menurut beliau mereka ringan tulang membantu keluarga apatah lagi setelah ibu mereka, Rohani Rashid, 43 terlantar akibat penyakit tibi tulang.

Beliau berkata, “Saya bersama anak akan keluar menahan pukat di sungai berdekatan dan mampu memperoleh 2 kg ikan dalam sehari, namun bergantung kepada musim.

Menurut beliau, hasil tangkapan tersebut akan diproses menjadi ikan pekasam sebelum dijual pada harga RM10 sebungkus.

“Saya juga menyadap tuak untuk dijual dan pendapatan setiap bulan tidak menentu bergantung kepada hasil jualan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkal Durian, pada 15 September.

oku

Rutin kehidupan beliau juga banyak berubah setelah isterinya terlantar. Beliau perlu meguruskan isterinya lebih dahulu sebelum keluar mencari rezeki.

Azizan memaklumkan bahawa sebelum ini isterinya bekerja sebagai pembantu klinik di Kuala Lumpur namun telah berhenti sejak 10 tahun lepas. Ini kerana beliau disahkan menghidap penyakit tibi tulang, kompli.kasi darah tinggi, kencing manis dan bengkak hati.

Setiap 2 atau 3 bulan sekali, isterinya perlu menghadiri temujanji dengan d0kt0r pakar di H0spital Machang bagi mengetahui tahap kesihatannya.

Pendapatan Sekadar Cukup Makan

Menurutnya lagi, pendapatan yang diperoleh sekadar cukup makan untuk mereka sekeluarga. Ada ketikanya, jiran terdekat serta saudara mara turut menghulurkan bantuan barangan keperluan asas.

Bagaimanapun beliau bersyukur kerana keperluan istrinya seperti lampin pakai buang ditanggung oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Beliau akan ke pejabat Perkeso setiap 2 bulan sekali bagi mengambil barangan keperluan tersebut.

Dalam masa yang sama, beliau juga bersyukur kerana isterinya mendapat bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang boleh digunakan untuk perbelanjaan kos perubatan lain.

Bagi sesiapa yang hendak membantu atau memberi sumbangan kepada mereka, boleh mengubungi Azizan di talian 011-29487189.

Semoga urusan anak OKU ini serta ibu bapa mereka dipermudahkan dan dikurniakan rezeki mencurah, serta sentiasa tabah mengharungi liku-liku hidup.

Sumber : [Harian Metro]

Lihat Pautan : 2 Wanita Pengsan, Ratusan Penduduk Di JB dipindahkan

Leave a Comment