Aktivis Wanita Cemas Terima ‘Keratan Tangan Berda rah’

Pada Isnin lepas, seorang wanita yang juga aktivis alam sekitar berdepan situasi ce.mas apabila menerima bungkusan kotak berisi nota ugutan serta replika berbentuk tangan dengan cecair merah.

Bungkusan tersebut diterima oleh wanita tersebut di rumahnya di Jalan Kampung Saim dekat sini, jam 6.30 petang. Beliau kemudian terus membuat laporan polis pada jam 7.30 malam hari yang sama.

[Baca Lagi : Bayi Berwajah Tua Lahir Dari Ibu Muda]

Anca.man-Anca.man Terhadap Aktivis, Rakan, Keluarga

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohd Khairi Shafie berkata, nota berkenaan mengandungi mesej ugu.tan bahawa pengirim bungkusan akan mencede rakan mangsa dan keluarganya.

aktivis

“Nota itu juga didapati berunsur cacian serta anca.man yang mana suspek mengan.cam menyim.bah asid ke muka mang.sa serta rakan-rakannya.

“Pengirim kotak itu turut mengan.cam akan memba.kar rumah ibu bapa mangsa selain memintanya berhati-hati ketika pergi kerja di sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Setia Alam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa bernama Shakila Zen,29 itu turut menerima beberapa pesanan mesej di aplikasi WhatsApp berbaur luc*h dan ugu.tan dari nombor tidak dikenali pada keesokan harinya.

Polis Buka Kertas Siasatan

Katanya, polis sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon yang menghantar mesej berkenaan.

“Polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Kesek.saan dan memanggil mang.sa untuk dirakamkan keterangan.

“Orang ramai diminta supaya menghentikan perbuatan tidak bermoral serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran kepada masyarakat,” katanya.

Keluarga Saran Berhenti Kegiatan Aktivisme

Akibat daripada pelbagai an.caman diterimanya, keluarganya telah menasihatinya agar tidak meneruskan kegiatan aktivisme kerana bimbang dengan keselamatannya.

“Saya mungkin ambil nasihat mereka untuk sementara waktu ini, tetapi tetap akan kembali,” kata Shakila kepada Malaysiakini semalam.

Lebih Berjaga-Jaga

Selepas insiden-insiden anca.man tersebut, Shakila dan keluarganya telah mengambil langkah-langkah keselamatan, termasuk memasang kamera pengawasan di rumah.

“Saya juga bawa penyembur lada ke mana sahaja saya pergi dan memakai pelin.dung muka dan sarung tangan untuk mengelakkan (kemungkinan) disim.bah a.sid.

“Saya juga telah mendapatkan beberapa nasihat undang-undang daripada seorang peguam,” katanya.

Semoga beliau dan keluarga selamat daripada gangguan-gangguan pihak tidak bertanggungjawab.

Sumber : [Metro] [Malaysiakini]

Lihat Pautan : Cari ‘line‘ Di Ladang Kelapa Sawit, Kepala Remaja Hilang Diba.ham Harimau

Leave a Comment