9 Nasihat Emas Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Kebanyakan orang yang menjalankan perniagaan mempunyai idola ahli peniagaan masing-masing. Namun, bagi insan ini, bukan sahaja orang berniaga, tetapi orang yang bukan dalam bidang perniagaan juga ramai yang mengidolakan beliau. Nama beliau sudah tidak asing lagi di telinga rakyat Malaysia, malahan hingga ke peringkat antarabangsa. Beliau merupakan seorang yang low-profile dan jarang didengar kisahnya di media sosial. Beliaulah yang bernama Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Menurut Forbes, beliau dianggarkan mempunyai harta sebanyak USD 1.4 billion. Beliau merupakan kebanggaan bumiputera kerana jutawan yang terkenal dengan sifat dermawannya dan auranya yang tersendiri. Pastinya ramai yang teruja untuk mengetahui apakah rahsia kejayaannya. Berikut nasihat emas insan jutawan yang namanya didendang di seantero negara ini.

Nasihat Emas Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

[1] Tiada ‘shortcut’ Untuk Capai Kejayaan

tan sri syed mokhtar al-bukhary

Jika anda seorang usahawan, pastinya anda sudah mengetahui onak duri di dalam dunia perniagaan. Jalannya penuh berliku dan dihiasi dengan jatuh bangun. Jika anda menggali kisah-kisah para jutawan terdahulu, sememangnya tiada jalan singkat untuk mereka berjaya dan kaya. Jalan menuju kejayaan memerlukan seseorang untuk kental emosi dan fizikal. Jangan pernah untuk mengalah, pastinya ada jalan keluar jika anda tersesat. Teruskan melangkah dan yakinlah dengan keputusan yang diambil.

[2] Jangan Bakhil, Bersedekahlah

tan sri syed mokhtar al-bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary merupakan seorang yang terkenal dengan sifat kedermawanan yang hebat. Suka bersedekah. Kerana sifat inilah, rezeki beliau melimpah ruah hasil ketelusannya berkongsi harta. Walaupun harta kita tidak seberapa, ataupun sewaktu poket kita sedang nipis, pupuklah jiwa untuk suka memberi.

Jangan pernah berhenti untuk menghulur tangan kerana, faktor inilah yang membuka pelbagai pintu rezeki yang lain. Dalam harta kita, ada hak orang lain.

[3] Bekerjasama Dalam Membantu

Ramai yang maklum orang berbangsa Cina berkembang maju dalam bisnes. Mereka mempunyai prinsip saling membantu sesama kaum mereka berniaga. Prinsip inilah yang sepatutnya dicontohi oleh kita. Bekerjasama tanpa menjatuhkan sesama kita. Sokongan antara satu sama lain amat diperlukan bagi memastikan bisnes orang Melayu sama-sama naik dan berjaya. Tubuhkan persatuan yang memantau perjalanan bisnes orang kita.

[4] Berzakat. Sucikanlah Harta.

tan sri syed mokhtar al-bukhary

Zakat adalah wajib di dalam Islam jika telah mencukupi syarat-syaratnya. Bersihkanlah perniagaan kita dengn membayar zakat supaya yang Maha Kaya dan Maha Pemurah akan redha dengan kita, inshaAllah nikmat kita juga akan bertambah. Semakin banyak harta, semakin banyaklah kita keluarkan zakat. Gandaan rezeki pasti akan meningkat dan Allah akan mempermudahkan jalan-jalan lainnya.

[5] Jaga Kebajikan Pekerja

Pekerja merupakan komponen penting dalam sesebuah syarikat yang menjadi salah satu asbab kepada kejayaan dan kekayaan sesebuah bisnes. Hormati dan hargai mereka walau di sebalik ketegasan. Bermuamalah sesama insan dengan cara yang baik.

Buang ego anda sebagai bos. Kehidupan ini mudah, jika anda berbuat baik dengan pekerja pasti Allah balas kebaikan anda dengan memberkati perniagaan anda dengan sempurna.

Perniagaan ini juga ibarat roda, tidak selamanya anda berada di atas, tetapi jika ketika anda berada di atas, anda menghargai pekerja anda, dan satu masa anda terpaksa berada di bawah, pasti pekerja anda akan bersama-sama anda untuk menaikan semula anda di atas.

Atas dasar kebaikan anda buat pada mereka. Anda adalah orang berjaya, jika dapat mempertahankan pekerja bekerja dengan anda dalam masa yang lama.

[6] Jangan Malu Mencari Ilmu

Jika anda mempunyai perasaan malu dalam mencari ilmu, ianya bererti anda tewas sebelum bertempur. Anda bukan mencuri, tetapi sama ada anda membayar atau dapatkan ilmu itu secara semulajadi.

Ilmu ni penting dalam bisnes. Setiap bisnes berbeza ilmunya. Jika anda ceburkan diri dalam bisnes perladangan, takkan anda nak gunakan teori bisnes jual tudung pula. Kerana itu beliau sangat tekankan ilmu dalam setiap cabang perniagaan yang diusahakannya.

[7] Ukur Baju Di Badan Sendiri

Kerendahan diri dalam berbelanja amat penting bagi orang bisnes. Jangan tengok akaun ada tujuh angka terus tempah macam-macam perkakas dunia sehingga akaun bank susut nilainya. Jangan sesekali membazir pada barang yang tidak memberikan apa-apa faedah jangka masa panjang.

Seadanya berbelanja. Sesekali sekali dibolehkan juga. Tetapi jika selalu selalu pasti akan rosak segalanya. Bukan senang anda nak dapatkan angka yang banyak begitu. Baik melabur pada perkara yang membuatkan duit itu beranak-pinak.

[8] Ambil Masa Untuk Faham Bisnes

tan sri syed mokhtar al-bukhary
Kredit : Sifubads

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mengambil masa selama 34 tahun untuk faham segalanya tentang selok-belok bisnes. Anda jika baru bawah 5 tahun dah rasa hebat dan faham semuanya, bererti anda gagal pada fasa pertama. Jangan mendongak ke langit.

Masa itu memerlukan ruang dan peluang. Jadi berilah diri anda ruang dan peluang dalam mencungkil serta mengali segala ilmu dalam bisnes. Nak berjaya kena tahu habis soal bisnes. Daripada A sampai Z. Tak boleh langkau-langkau. Kerana itu beliau mengatakan, nak berjaya bukan kerja mudah!

[9] Ubah Cara Berfikir

Nak jadi orang kaya dan berjaya kenalah fikir seperti orang kelas pertama. Kemunduran dalam proses berfikir perlu dibuang sejauh jauhnya. Jangan lagi tersempit dalam ruang likup pemikiran yang sia-sia. Anda perlulah berfikiran hebat dan matang dan paling penting mestilah fikiran anda itu jauh ke depan.

Fikirkan soal kegigihan, ketekunan dan tidak mudah berputus asa. Barulah yang sempurna itu masuk ke ruang fikiran anda. Dan ianya akan bertukar kepada proses tindakan yang positif.

Hakikatnya, apa yang kita fikirkan itulah yang akan kita lakukan. Jadi mulai saat ini jadikan ‘fikiran’ anda seperti mana usahawan kaya yang berjaya.

Sebenarnya kita boleh melakukan semua nasihat emas yang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah beri secara percuma ini. Ayuh, jangan berlengah.

Sumber : Majalah Labur

[Lihat pautan : 5 Rahsia Kejayaan Kolonel Sanders]

Leave a Comment