50 Biji Sandwich Dan RM 2,300 Untuk Orang Memerlukan Sempena Hari Jadi

Si Cilik 4 Tahun Buat 50 Biji Sandwich

Kanak-kanak biasanya menghabiskan masa mereka bermain permainan-permainan dan mendapat hadiah-hadiah menarik. Berbeza dengan kanak-kanak lelaki berumur 4 tahun dari Selangor ini, sempena hari jadinya pada kali ini beliau mahu membantu mereka yang memerlukan dengan membuat sandwich.

sandwich

Bermula daripada tadikanya iaitu The Mustard Seed di Puchong, Jarret Ho dan rakan sekelasnya ditugaskan untuk berfikir satu cara bagaimana membantu orang yang memerlukan melalui tugasan yang bertajuk “Fifty for the Needy”.

Semakin menghampiri tarikh hari jadinya iaitu 18 Julai, kanak-kanak ini berfikir untuk membuat snek kesukaannya, sandwich peanut butter dan sandwich coklat untuk mereka yang memerlukan.

sandwich

Ibu Jarret, Tan Chin Yi berkata beliau berasa sungguh bangga dengan pilihan bijak anaknya untuk membantu orang yang memerlukan.

“Kami sangat berbangga dengan Jarret kerana melakukan tindakan yang bersifat tidak pentingkan diri sendiri ini. Kami sudah bersedia untuk membelikannya mainan seperti biasa tetapi dia bertegas bahawa inilah caranya beliau mahu menyambut hari jadinya,” kata Tan Chin Yi.

Jarret dibantu oleh kakaknya, Maya yang berumur 7 tahun membuat 50 biji sandwich dan membungkusnya ke dalam kotak.

Kanak-kanak 4 tahun bersama dengan ibu bapanya kemudian pergi ke stesyen minyak, Caltex Setia Alam untuk meletakkan snek tersebut di rak ‘foodbank’.

sandwich

Jarret juga berhasil mengumpul dana sebanyak RM 2,300 daripada 54 orang penderma yang menyalurkan bantuan ke bank makanan melalui tadikanya.

sandwich

“Saya sangat gembira kerana saya dapat menyambut hari jadi dengan berkongsi sandwich kegemaran saya dengan orang yang memerlukan, saya berharap ini akan menceriakan hari mereka ,” kata Jarred.

Kecil-kecil cili padi, tetapi ada jiwa yang besar.

Sumber : Malaymail

Lihat juga pautan : Nenek 120 Tahun Bantu Orang Susah

Leave a Comment