5 Rahsia Kejayaan Kolonel Sanders Ini Sebenarnya Ada Dalam Diri Kita

Seperti yang telah semua maklum, Kentucky Fried Chicken (KFC) adalah antara restoran ayam goreng yang paling diminati di seluruh dunia. Restoran francais yang diasaskan oleh Kolonel Sanders ini juga merupakan rangkaian perniagaan yang paling berjaya di dunia.

Ayam gorengnya yang enak dan resepi rahsia bukanlah satu-satunya punca kejayaan rangkaian perniagaan ini. Semestinya, strategi dan sikap pengasasnya iaitu Kolonel Sanders termasuk faktor perniagaan ini dikenali ramai. Selain itu, ada beberapa perkara lagi nilai diri Kolonel Sanders yang membuatkan KFC berjaya.

kolonel sanders

[BACA JUGA:PEMUDA INI CIPT KAIN IHRAM NANOTECH PERTAMA DI DUNIA]

5 Rahsia Kejayaan Kolonel Sanders

 

[1] Minat Dengan Pekerjaan Yang Dilakukan

Jika kita minat dengan pekerjaan yang sedang dilakukan, pasti kita akan bekerja bersungguh-sungguh tanpa mengharapkan kenaikan gaji, pangkat ataupun sebagainya.

Bukan bermakna kenaikan gaji dan pangkat itu tidak penting, tetapi sekurang-kurangnya anda melakukan kerja dengan lebih ikhlas dan gembira. Jika kita tidak gembira, tentu berasa tidak seronok untuk ke tempat kerja dan melakukan kerja.

[2] Berani Bertukar Kerja

Sebelum membuka restoran KFC, Kolonal Sanders pernah melakukan pelbagai jenis pekerjaan seperti jurujual insurans, pekerja kereta api, pengendali feri dan sebagainya.

Beliau sering bertukar-tukar kerja sehingga menjumpai minat dalam bidang penyediaan makanan. Walaupun ketika itu beliau telah berusia 65 tahun, beliau tetap membuka perniagaan KFC kerana itulah minat yang beliau cari selama ini.

[3] Beri Nilai Tambah

Suatu ketika dahulu, Kolonel Sanders pernah mengambil alih perusahaan stesen minyak. Ketika itu, penduduk di kawasan sekitar tidak mahu membeli minyak daripada pendatang baru di kawasan mereka.

Jadi apa yang dilakukan oleh Sanders? Beliau melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan orang lain dengan menawarkan perkhidmatan mencuci cermin depan kereta secara percuma kepada pelanggan.

Taktik ini berjaya mencatatkan pertambahan 3 kali ganda. Jadi apa nilai tambah yang boleh kita berikan kepada pelanggan mahupun majikan?

[4] Lakukan Yang Terbaik

Kolonel Sanders memulakan perniagaan makanannya yang pertama dengan hanya sebuah meja makan dan 6 buah kerusi di ruangan bersebelahan dengan stesen minyaknya.

Walaupun ruangan tersebut hanya dapat memuatkan jumlah pelanggan yang sangat kecil, beliau tidak pernah merungut. Beliau melayan mereka dengan sebaik mungkin.

Beliau akan menyediakan makanan yang panas-panas dan cepat untuk para pelanggannya.

kolonel sanders

[5] Peka Dengan Teknologi Semasa

Suatu ketika dahulu, kebanyakan orang menggoreng ayam dengan menggunakan kuali sahaja. Tetapi Kolonel Sanders mencuba sesuatu yang baru dengan menggoreng ayam menggunakan pressure cooker.

Ayam yang digoreng menggunakan cara ini akan lebih cepat masak. Masa yang diperlukan untuk menghidangkan ayam goreng kepada pelanggan juga menjadi lebih cepat. Ini turut menyumbang kepada salah satu faktor kejayaan KFC di seluruh dunia.

Sebenarnya semua nilai atau sifat diri Kolonel Sanders ini ada di dalam diri kita. Semoga perkongsian serba ringkas ini memberi inspirasi kepada semua yang mengimpikan kejayaan dalam hidup dan kerjaya. Ingat, umur cumalah angka! Usia berapa pun tidak akan pernah terlewat untuk memulakan sesuatu. Jadilah optimis!

Sumber Rujukan: Usahawan

Leave a Comment