4 Sekeluarga Rentvng, SOP Panggilan 999 Harus Dipermudah-Hajiji

4 Ren tung, SOP Panggilan Kecemasan 999 Harus Diubah, Dipermudah-Hajiji

Pada 7 September lepas, 4 sekeluarga ren.tung selepas terperangkap dalam rumah terbakar di Taman Hungab, Jalan Nosob, Penampang, Sabah. Mangsa terkorban adalah suami isteri, Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta 2 anak mereka, Brandon, 18 dan Eric, 15 tahun.

Rumah berkeluasan 55 meter persegi musnah terbakar 100%, 2 kenderaan mereka juga turut terbakar 30%. Ketua Zon I Kota Kinabalu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Hamsa Isnurdini berkata, pihaknya menerima pang.gilan kece.masan pada 2.52 pagi. Api hanya berjaya dikawal pada jam 3.40 pagi dan operasi tamat pada 6.10 pagi.

panggilan

“3 mangsa lelaki terperangkap di dalam bilik di tingkat atas, manakala seorang lagi iaitu mangsa wanita ditemukan di dalam bilik air,” katanya.

Punca Kebakaran : Bebanan Elektrik Berlebihan

Siasatan Bahagian Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mendapati kebakaran berpunca akibat bebanan elektrik di tingkat bawah rumah. Bebanan api berlebihan menyebabkan kebakaran merebak dengan lebih cepat dan jangkaan api bermula pada 2.32 pagi.

Semua Pintu, Tingkap Dipasang Jeriji Berkunci

panggilan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Md Ali Ismail berkata, mangsa juga dipercayai tidak berjaya menyelamatkan diri kerana bahagian bawah rumah dipenuhi api. Semua tingkap dan pintu juga berjeriji dan berkunci menyebabkan mangsa terperangkap.

Bomba Lewat Sampai, Nota Panggilan Dicetak Alamat Salah

Menurut Md. Ali lagi, pasukan bomba pula tiba agak terlewat iaitu pada 3.04 pagi akibat nota panggilan yang dicetak tertera alamat tidak tepat. Ia diberikan salah seorang pemanggil pada awal pagi berkenaan. Ini menyebabkan pasukan bomba tersasar dan terpaksa mendapatkan maklumat sebenar untuk ke lokasi kebakaran sebenar.

Ketika ketibaan, pasukan bomba mendapati api sudah merebak di bahagian bawah dan atas rumah. Pihak Pusat Panggilan MERS999 menerima 4 panggilan kecemasan dalam kejadian itu dan pang.gilan pertama diterima pada 2.49 pagi.

Terdapat 3 pusat panggilan di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Kuching yang mana salah satu pusat panggilan itu akan menerima panggilan kecemasan 999.

Sistem Panggilan Kecemasan 999 ; Sabah-KL-Sabah

“Pada peringkat awal, petugas Pusat Panggilan MERS 999 mendapatkan 4 maklumat asas berkenaan nama pemanggil, nombor telefon pemanggil, jenis kecemasan dan alamat lokasi kejadian.

“Maklumat itu kemudiannya disalurkan melalui Sistem Penghantaran Terbantu Komputer (Computed-aided Dispatch – CAD) kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, Negeri Sabah dan Balai Bomba dan Penyelamat Penampang.

“Pihak JBPM menerima maklumat berkenaan pada 2.52 pagi dan terus menggerakkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kebakaran kebakaran,” katanya.

Pada masa sama, petugas Pusat Panggilan MERS999 masih lagi meneruskan panggilan untuk mendapatkan maklumat tambahan berdasarkan Protokol Kebakaran yang mana maklumat tambahan ini disalurkan kepada PGO JBPM Sabah dari semasa ke semasa.

Katanya, ia bagi membantu pihak JBPM merancang strategi tindak balas operasi sebelum panggilan berkenaan dipanjangkan kepada PGO JBPM Sabah.

“Untuk makluman, terdapat 2 lagi panggilan kebakaran berkenaan disambung ke PGO JBPM Sabah,” katanya.

Hajiji Mahu SOP Panggilan Kecemasan 999 Dikaji Semula

Sehubungan itu, kerajaan negeri Sabah mahu SOP MERS 999 KL dikaji semula bagi mengelak kelewatan tindak balas kecemasan berikutan masalah komunikasi.

panggilan

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor berkata, kejadian itu amat menyedihkan kerana isu keselamatan dan kecemasan seperti kebakaran tidak seharusnya dirujuk ke KL terlebih dahulu hingga mengambil masa untuk menyelamatkan mangsa.

“Sepatutnya, apabila tahu panggilan adalah dari Sabah dan ada kecemasan, kenapa tidak terus sambung kepada pihak yang berkaitan seperti balai bomba di daerah atau negeri terbabit atau berikan nombor telefon yang boleh dihubungi.

“Tidak perlulah tanya banyak soalan kerana setiap pang.gilan ke MERS 999 sudah pasti membabitkan hal kecemasan. Kita kena peka dengan situasi dan dalam keadaan kecemasan, sudah pasti panik berlaku dan tiada masa untuk memberi semua maklumat yang diperlukan.

“Sehubungan itu, saya berharap SOP MERS 999 diubah dan dipermudahkan termasuk terus sambung pang.gilan itu ke nombor di daerah atau negeri yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Difahamkan, jiran yang menyedari kebakaran pada 2 pagi itu menghubungi talian kecemasan MERS 999 namun disambut petugas di Kuala Lumpur yang tidak mengetahui lokasi taman dan daerah yang disebut selain bertanya banyak soalan.

Sementara itu, Hajiji turut meminta orang ramai agar menyimpan nombor penting seperti balai polis, bomba dan h0spital di kawasan masing-masing untuk memudahkan mereka meminta bantuan jika berlaku kecemasan.

“Selain MERS 999, simpanlah juga nombor balai polis, bomba dan h0spital di kawasan masing-masing,” katanya.

Sumber : [Sinar Harian] [Metro1] [Metro 2]

Lihat Juga Pautan : Stesen TV Mnet Guna Lagu ‘Remix’ Azan Dikecam Teruk

Leave a Comment