3 Jam Tertinggal Dalam Van, Kanak-kanak Autisme Men1nggal

Kejadian yang berlaku semalam ini umpama cerita lama yang berulang lagi. Bukan jarang kes kanak-kanak tertinggal di kereta hingga men1nggal tetapi entah atas faktor apa lagi kejadian seperti ini berulang dan terus berulang. Sepatutnya pemandu kenderaan yang mempunyai penumpang kanak-kanak perlu sentiasa peka dan melihat semula tempat duduk penumpang bagi memastikan masih ada orang atau tidak sebelum keluar dan meninggalkan kenderaan.

Semalam dilaporkan seorang kanak-kanak perempuan autisme berusia 8 tahun ditemukan m4ut selepas dipercayai ditinggalkan selama 3 jam di dalam sebuah van di Taman Nusari Bayu 2, Bandar Sri Sendayan, Seremban, Negeri Sembilan.

3 Jam Tertinggal Tanpa Sengaja

Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, Ketua Polis Daerah Seremban berkata, mangsa yang mempunyai kad orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran itu ditinggalkan tanpa sengaja oleh seorang pemandu van yang diberi tanggungjawab menghantar mangsa.

Satu laporan polis berhubung kem4tian kanak-kanak autisme itu diterima pada pukul 7.46 malam semalam.

Sepatutnya Dihantar Ke Pusat Jagaan Harian

“Siasatan awal mendapati mangsa sepatutnya dihantar ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman oleh pemandu van tersebut.

“Bagaimanapun, pemandu van  pulang ke rumah tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam kenderaannya dari pukul 2.30 hingga 5.30 petang,” katanya.

Sepanjang kejadian itu, van tersebut diletakkan di hadapan rumahnya dan apabila mangsa ditemukan dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibawa ke H0spital Tuanku Ja’afar (HTJ) dan disahkan telah men1nggal dunia,” katanya lagi.

Beliau menambah, “Kertas siasatan dibuka di bawah Sek.syen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Proses be.dah siasat akan dijalankan bagi mengesahkan punca sebenar kem4tian mangsa,”

Pemandu Van Direman 7 Hari

Susulan daripada kes tersebut, polis  membuat tangkapan ke atas seorang lelaki berusia 34 tahun yang merupakan pemandu van berkenaan.

Pada hari ini perintah tahanan reman telah dikeluarkan bagi pemandu tersebut. Mohd Said Ibrahim berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan sehingga 18 Oktober depan bagi membantu siasatan.

Pengajaran bagi para ibu bapa lain atau mereka yang terlibat dengan kanak-kanak, sentiasalah perhatikan bahagian tempat duduk belakang kenderaan sebelum meninggalkan kenderaan. Semoga keluarga kita terselamat daripada kejadian seperti ini.

Sumber : [Utusan Malaysia] [Harian Metro]

Pautan Lain : Hempas Kucing Berulang Kali Ke Lantai Hingga M4ti

Leave a Comment