2 Perintah 2 Larangan 2 Jaminan Kepada Ibu Nabi Musa

Kisah tentang ibu Nabi Musa a.s ada disebut di dalam surah al-Qasas. Surah ini turun menjelang Rasulullah s.a.w diperint@hkan berhijrah ke Yathrib (Madinah). Perintah berhijrah ini menyebabkan Rasulullah s.a.w dan para sahabat berasa ta kut dan bim bang kerana perlu meninggalkan kota kelahiran sendiri. Mereka juga risau kerana tidak mengetahui apakah yang akan terjadi di Yathrib nanti.

Dalam pada kerisauan itu, ayat ke 7 daripada surah al-Qasas pun turun yang berkenaan bayi yang akan dikembalikan ke pangkuan ibunya nanti. Tema ‘kembali’ ini menjadi penguat semangat kepada Nabi s.a.w dan para sahabat. Kisah dalam ayat ini jugalah yang menjadi ‘hint‘ kepada perintah hijrah akan diturunkan dan menjadi wajib kelak.

Ayat Ke 7 Surah al-Qasas

Ayat ke 7 surah al-Qasas, “Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa : ‘Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu baha ya mengenainya (daripada angkara Fir’aun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada rasul-rasul Kami.”

Ayat ini menjadi penda mai jiwa kepada insan-insan yang bakal berhijrah ini bahawa tiada apa yang perlu dikhua tiri. Dalam ayat ke 7 ini Allah SWT tidak menyebutkan siapakah nama ibu nabi Musa, namun menyebut ummi sebagai tanda mengangkat martabat seorang ibu. Allah menggambarkan perasaan ibu nabi Musa a.s yang amat risau dan sedih kerana anak yang bakal la hir jatuh pada tahun penyem belihan anak-anak lelaki. Berbeza dengan tahun kelahiran abang Nabi Musa iaitu Nabi Harun di mana keadaan anak-anak lelaki dalam keadaan selamat kerana tahun penyem belihan adalah diselang selikan mengikut kehendak si mahara ja yang za lim.

ibu nabi musa

Ibu Nabi Musa merasa bvntu namun Allah swt memberi ilham kepadanya. Dalam ayat ke 7 ini jika diperhatikan terdapat 2 perintah, 2 lara ngan dan 2 jaminan.

2 Perintah

[1] ‘Susukanlah Dia’

Penyusuan anak adalah satu proses, yang mana matlamatnya adalah kasih sayang. Walaupun ibu Nabi Musa risau, diperintahkan juga untuk meyusukan bayinya supaya dapat membina hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi. Malahan biar Nabi Musa a.s yang masih bayi itu menjadi biasa dan rapat dengan ibu yang melahirkannya disebabkan dengan perbuatan penyusuan itu.

[2] ‘Lepaskanlah Dia’

Perintah ini agak unik kerana lazimnya apabila seseorang ta kut dan bimbang terhadap anak, pasti si ibu semakin kemas pegangannya, tetapi sebaliknya berlaku kepada ibu Nabi Musa a.s. Allah SWT menyebut, apabila datang perasaan khua tir, diperintahkan supaya meletakkan bayinya ke dalam peti tabut dan diha nyutkan ke Sungai Nil.

Dalam ayat ini digambarkan situasi perasaan ta kut, jika takut, perbuatan seterusnya perlu dilakukan dengan pantas supaya individu tersebut tidak berubah fikiran. Begitulah yang terjadi kepada ibu nabi Musa ini. Walau dengan segala kegusa ran, beliau tetap berpegang kepada ilham yang Allah SWT turunkan.

ibu nabi musa

2 Lara ngan

[1] Jangan Bersedih & [2] Jangan Bimbang

Kalimah jangan bersedih dan jangan bimbang dalam konteks ayat ini adalah jangan sedih dan bimbang pada perkara-perkara yang akan berlaku dan yang telah lepas. Jangan takut bayinya ditimpa ombak, ha nyut jauh, tengge lam, terkena panas terik dan jangan takut akan ten tera Fir’aun. Kerana, sesunguhnya rencana Allah SWT adalah rencana yang terbaik.

2 Jaminan

[1] Jaminan Anaknya Akan Dikembalikan

Pada penghujung ayat ke 7 ini, Allah SWT memberi jaminan kepada ibu nabi Musa bahawa bayinya itu akan dikembalikan kepadanya.

[2] Jaminan Berita Gembira

Bahkan Allah memberi jaminan berita gembira yang paling besar iaitu anaknya nanti akan menjadi seorang Rasul, memperoleh kedudukan istimewa di sisiNya.

Atas segala kesuli tan dan kepayahan men tal dan fizikal yang dialami, Allah pasti memberi kegembiraan bagi mereka yang mengikuti perintahNya tanpa ragu-ragu.

ibu nabi musa

Apakah pengajaran yang kita boleh dapat dari peristiwa ini?

  • Jangan fikir panjang bagi mentaati perintah Allah SWT.
  • Setiap perintah Allah SWT pasti mempunyai hikmah yang besar.
  • Jangan menyesal dan bersedih hati pada perkara yang telah berlaku.
  • Letakkan prinsip tawakal kepada Allah SWT.
  • Yakini qada dan qadar Allah SWT.
  • Sepertimana janji Allah SWT untuk memulangkan bayi ibu Nabi Musa, begitu juga janji Allah kepada semua hamba-hambaNya yang yakin dan beriman kepada d0a.
  • Setiap kesu sahan ada kesenangan, hanya perlu percaya. Allah menguji kerana sayang.

Wallahu a’lam.

Sumber : Buku Bertajuk ‘Perempuan Yang Baik-Baik Dalam Al-Quran’ Tulisan Syaari Ab Rahman

Lihat Juga Pautan : Kisah Kakak Nabi Musa Yang Lincah, Penyayang, Bijak Dan Berani

Leave a Comment