1,733 Rakyat LGBT Dihantar Ke Kem Pemulihan

Menurut laporan The Malaysia Insight, kerajaan Malaysia pada tahun ini telah menghantar 1,733 rakyat Malaysia dari komuniti lesbian, gay, bisek.sual dan transgender (LGBT) ke kem pemulihan yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ismail Sabri, Perdana Menteri dalam satu jawapan bertulis kepada parlimen menyatakan bahawa program yang dikenali sebagai Mukhayyam merupakan inisiatif kerajaan Malaysia untuk memulihkan ‘gaya hidup’ dan ‘orientasi sek.sual’ mereka yang berada di dalam kelompok LGBT.

Beliau berkata, “Kerajaan serius dengan isu yang melibatkan golongan LGBT di negara ini kerana Malaysia adalah negara yang menganut agama Islam.” Kenyataan ini dijawab atas pertanyaan yang diajukan oleh seorang anggota parlimen, Abdullah Sani Abdul Hamid, mengenai langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi menangani masyarakat LGBT di Malaysia.

Beliau juga menjelaskan bahawa mereka yang dihantar ke kem diajar tentang agama, kesihatan, HIV dan AIDS oleh JAKIM, dan program ini adalah kerjasama dengan beberapa jabatan Islam negeri, Kementerian Kesihatan, majlis agama negeri dan pihak berkuasa zakat (sedekah).

Tindakan Dan Bimbingan Seiring

“Mana-mana individu yang melanggar undang-undang harus menghadapi tindakan. Namun, pada masa yang sama, mereka harus dibimbing dan diberi perhatian agar mereka dapat kembali ke jalan yang benar.”

Sebelumnya, pada tahun lepas sambutan hari wanita yang sepatutnya diraikan untuk menghargai para wanita telah ‘dirampas’ oleh tunjuk perasaan komuniti LGBT di Kuala Lumpur.

lgbt

[Baca Juga : Gadis Amerika Ini Masuk Islam Kerana Hal Tak Diduga Ini]

JAKIM Santuni Golongan LGBT Dalam Mukhayyam

Kem pemulihan atau program Mukhayyam yang telah dianjurkan oleh JAKIM sehingga 31 April pada tahun ini telah disertai oleh peserta daripada golongan LGBT.

lgbt

Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dr Mohd Izwan Md Yusof berkata,

“Apa yang membanggakan kita lagi, kini sudah terdapat sebanyak 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Komuniti Hijrah dalam kalangan bekas peserta yang pernah mengikuti program Mukhayyam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri.

“Komuniti ini melaksanakan kelas pengajian al-Quran dan usrah sebagai kumpulan sokongan kepada komuniti untuk mendapatkan bimbingan agama yang dibimbing oleh pegawai agama dari Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri,” katanya.

Usah Hina

Terdapat segelintir pendakwah yang bergelar ‘ustaz’ lebih gemar menghamburkan kata-kata tidak sepatutnya sehingga menjadi antara faktor penolakan penghijrahan komuniti LGBT.

lgbt

Presiden Pertubuhan Hijrah Republique Network, Mohd Al Khusyairi Mohd Ariff berkata, memang ada sekelompok kecil pendakwah seperti itu dan sedikit sebanyak menjadi faktor penolakan kepada komuniti ini untuk berhijrah.

“Saya akui memang ada yang begitu namun tidak ramai. Ada seorang dua saja yang begitu. Komuniti ini perlu didekati dengan bahasa komunikasi yang sepatutnya.

Tiada Paksaan

“Pendekatan kami mudah saja iaitu kami tidak memaksa mereka, apa yang kita lakukan adalah menyantuni golongan ini dan Insya-Allah, hidayah itu milik Allah,” katanya.

Semoga pendekatan yang diambil oleh JAKIM ini membuka hati lebih ramai golongan LGBT untuk kembali kepada fitrah hidup sebenar yang diredhai oleh Allah SWT.

Sumber : [Vocket] [Harian Metro]

Lihat Pautan : Pengunjung Tak Patuh SOP Sungai Pisang Dik0mpaun

Leave a Comment