125 Premis Kilang, Perniagaan, Tapak Pembinaan Diarahkan Tutup ~ Ismail Sabri

Selepas sahaja Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM), beliau telah mengarahkan penutupan sebanyak 125 buah premis kilang, perniagaan dan tapak pembinaan setakat ini.

[BACA : KRONOLOGI #JUSTICEFORBELLA | RUMAH BONDA DISITA]

Arahan Penutupan Premis Kilang, Perniagaan & Tapak Pembinaan

premis

9 Julai 2021

Menurut Harian Metro, sebanyak 56 premis membabitkan kilang, pre.mis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup selepas didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. TPM berkata, penutupan itu hasil tindakan pasukan Task Force Operasi Pematuhan melaksanakan 83,031 pemeriksaan dan snap check Covid-19 di seluruh negara membabitkan kekuatan 20,311 anggota.

“Pemeriksaan dilakukan terhadap 2,568 kilang, 16,960 pre.mis perniagaan, 900 tapak pembinaan dan 379 asrama penempatan pekerja,” katanya dalam kenyataan beliau. Beliau berkata, tindakan itu susulan pengumuman kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan pre.mis perniagaan kerana terlalu banyak pelanggaran arahan dan SOP diwartakan.

10 Julai 2021

Menurut akhbar yang sama pada 10 Julai, sebanyak 52 lagi premis membabitkan kategori yang sama lagi diarahkan tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Ia adalah hasil pemeriksaan ke atas 2,226 kilang, 14,916 pre.mis perniagaan, 1,005 tapak pembinaan dan 321 asrama penempatan pekerja.

“Tinjauan dijalankan oleh Pasukan Task Force Operasi Pematuhan yang menjalankan 85,123 pemeriksaan dan ‘snap check’ Covid-19 di seluruh negara dengan kekuatan seramai 19,891 anggota,” kata TPM dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Menurut Ismail Sabri lagi, kerajaan sudah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh menerusi pemeriksaan di kilang dan pre.mis perniagaan seperti yang diumumkan sebelum ini.

“Langkah itu diambil kerana terlalu banyak pelanggaran terhadap arahan dan SOP yang sudah diwartakan,” katanya.

12 Julai 2021

premis

Pada Isnin pula, dilaporkan di Astro Awani bahawa kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh terhadap kilang-kilang dan premis-pre mis perniagaan susulan terlalu banyak pelanggaran arahan dan SOP yang telah diwartakan.

Arahan penutupan sebanyak 17 premis perniagaan dan tapak pembinaan antara lima tumpuan kenyataan media Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.

Langkah ini merupakan langkah yang tepat di dalam keadaan negara yang menunjukkan peningkatan demi peningkatan kes Covid-19 yang tidak berkesudahan akhir-akhir ini. Diharapkan dengan arahan penutupan ini, lebih ramai yang terhindar daripada dijangkiti Covid-19.

Sumber : [1] [2] [3]

Leave a Comment